9 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniLawatan Kajian Jmgkpp(Cadangan Kampung Budaya )
Pada 8 Ogos 2018, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah menerima kunjungan dari pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Kedah, Perlis, Penang (JMGKPP) dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kampung Padang Besar Selatan. Pihak JMGKPP telah memberi sedikit penerangan tentang Cadangan Kampung Padang Besar Selatan sebagai tapak Kampung Budaya dalam Program Perlis Geopark. Kampung ini dicadangkan sebagai tapak projek kampung budaya kerana kampung ini menepati ciri-ciri keaslian suasana kampung budaya yang dikehendaki oleh pihak JMGKPP.
Dengan lawatan dari agensi ini dapat juga dapat mempromosikan Pusat Internet Padang Besar Selatan kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan juga dapat membantu memeriahkan program-program yang dianjurkan komuniti di dalam pelan program Kampung Budaya serta dapat mempromosikan kempen-kempen yang diperkenalkan seperti kempen “Klik Dengan Bijak”.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: